Saturday, 3 March 2018

Karangan Persahabatan

   Setiap individu ini pasti mempunyai sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka.Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan rasa kebosanan kita.

    Pepatah ada menyebutkan,"berkasih biar satu,berkawan biar seribu.''Hal ini demikian,kita mestilah berkawan dengan seberapa banyak yang mungkin.Apabila kita mempunyai ramai kawan,hidup kita tidak akan menjadi kebosanan seperti "katak di bawah tempurung''.Orang yang tidak suka bergaul dengan sesiapa akan dikatakan "kera sumbang".Terdapat banyak faedah,jika kita berkawan.


   Antaranya,kita akan mendapat pelbagai maklumat daripada rakan-rakan.Jika kita sedang menghadapi ujian,kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari.Sebagai contohnya,kita boleh bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan ataupun soalan ujian bulanan melalui internet.


  Selain itu,kita dapat meningkatkan hubungan silaturahim.Apabila kita berkawan dengan rami orang,hubungan kita dalam masyarakat sangat baik dan mesra.Pepatah ada menyebutkan,"banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam.


  Bukan itu sahaja,kawan akan membantu kita sewaktu kita mengalami masalah.Kawan kita kemungkinan mempunyai kepandaian yang kita tidak kuasai.Sebagai contohnya,jika kita lemah dalam mata pelajaran bahasa inggeris,kita mestilah meminta pertolongan daripada rakan-rakan.Oleh itu,kita hendaklah mencari rakan yang boleh membatu atau menolong,bukannya yang membawa kita lembah dalam kehinaan.

  Kesimpulannya,jelaslah kepada kita bahawa untuk mencari seorang sahabat sejati amat sukar sekali.Ini kerana,sahabat sejati tidak berada dimana-mana walaupun kita merentas si lautan api,kita mendaki gunung yang tinggi waima masuk ke dalam hutan yang tebal sekalipun kita tetap tidak akan menemuinya.Jika boleh,biarlah kita yang melelapkan mata buat selama-lamanya dahulu kerana tidak sanggup merasakan kekosongan apabila ditinggalkan sahabat seperti ini.

No comments:

Post a Comment